Jungkook BTS telah diundi sebagai artis Korea yang paling mempunyai kulit wajah sebersih bak putih salju dengan undian tertinggi sebanyak 19,317, menurut satu kajian selidik dalam kalangan netizen Korea yang dibuat berdasarkan carta idol popular terkini.
Jungkook BTS diikuti oleh Kim Yo Han dengan undian sebanyak 10387 manakala dua ahli kumpulan TWICE serta tiga bekas ahli Wanna One juga turut tersenarai di dalam kalangan 10 selebriti dengan undian tertinggi. Tidak termasuk di dalam senarai top 10 tetapi tetap memperolehi undian yang agak banyak ialah Jeong Dong Won (1015), Lai Kuan Lin (288), Miyawaki Sakura IZ*One (122), Shownu Monsta X (91), dan Jinu WINNER (66).
Berikut ialah 10 selebriti yang tersenarai dengan undian yang diperolehi oleh mereka.
10th. Hong Ja (penyanyi Mrs. Trot) – 1,317
9th. Jeongyeon (TWICE) – 1,510
8th. Nayeon (TWICE) – 1,511
7th. Lee Chanwon (penyanyi Mr. Trot) – 1,578
6th. Song Hayoung (fromis_9) – 2,146
5th. Yoon Jisung (Wanna One) – 3,032
4th. Lee Daehwi (AB6IX) – 4,846
3rd. Park Woojin (AB6IX) – 9,873
2nd. Kim Yohan (X1) – 10,387
1st. Jungkook (BTS) – 19,317
Sumber: mydaily