Big Hit dakwa terlepas pandang, Suga BTS kini rasa bersalah kerana guna sampel ucapan ‘Jim Jones’ dalam lirik lagunya

Pada 31 Mei, Big Hit Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi penggunaan sampel ucapan Jim Jones di dalam lagu ‘What Do You Think?’ yang dimuatkan sebagai runut lagu album Mixtape D-2. Sampel tersebut diperolehi daripada ucapan pembunuh kejam tersebut pada 1977 yang membawa kepada kehilangan ratusan nyawa di Jonestown.

“Sampel vokal pada permulaan lagu “What Do You Think?” dipilih tanpa mengetahui identiti penyumbang suara itu dan hanya menggunakannya sebagai penambah baik suasana lagu tersebut. Syarikat mengikuti proses dalaman untuk menguji kesesuaian kandungannya tetapi kami terkhilaf dan tidak sedar akan ketidaksesuaian kandungan itu, ” kata jurucakap agensi itu.

“Kami memohon maaf terhadap mereka yang terkesan dan tak selesa dengannya. Sebagai jaminan, Big Hit akan membuang sampel ucapan kontroversi itu dan akan digantikan di dalam keluaran versi baru yang diubahsuai nanti. Malah, penyanyinya (Suga BTS) juga berasa bersalah, malu dan dipertanggungjawabkan di atas kesan terhasil akibat perkara yang dia terlepas pandang,” tambah jurucakap agensi itu lagi.

Sumber: newsen

loading...