Ketiadaan Jung Chae Yeon & Som Yi untuk ‘comeback’ terbaru DIA cetus tanda tanya

Kumpulan kpop DIA akan membuat kemunculan dengan album terbaru berjudul Flower 4 Seasons menjelang 10 Jun 2020 ini.

Bagaimanapun, ketiadaan Jung Chae Yeon & Som Yi di dalam teaser album terbaru DIA itu telah mencetuskan tanda tanya berikutan khabar angin mengatakan kedua-duanya telah keluar daripada kumpulan tersebut. Malah, DIA yang juga tidak mengeluarkan album sudah lebih setahun menyebabkan ketidakhadiran kedua-duanya nanti adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk diterima oleh peminat mereka.

Sehubungan dengan itu, agensi tampil menjelaskan bahawa ‘comeback’ itu hanya melibatkan subunit dari DIA saja, maka hanya lima orang saja terlibat iaitu Eunice, Jueun, Huihyeon, Yebin, dan Eunchae. “‘Comeback’ ini mempromosikan mereka (5 orang) sebagai subunit,” kata jurucakap agensi itu.

Dari kiri: Jung Chae Yeon dan Som Yi

Jung Chae Yeon yang juga merupakan bekas ahli kumpulan I.O.I dikenali kerana lakonan di dalam beberapa buah drama seperti Netflix My First First Love.

Sumber: xsportnews

loading...