Rampas takhta yang menjadi milik NUEST, NCT 127 kembali merajai jualan album terlaris untuk minggu ini

NCT 127 kembali semula merajai carta album Gaon dengan album ‘repackaged’ menyusul album terdahulu, Neo Zone yang dikeluarkan pada bulan Mac 2020 lalu.

Dinamakan sebagai NCT #127 Neo Zone The Final Round, album ini berjaya memperolehi kutipan sebanyak 256,748 unit di dalam seminggu menurut Hanteo sekaligus meletakkan mereka di tempat pertama di dalam carta album Gaon pada minggu ini, mengatasi pemegang takhta sebelumnya, NUEST selain menundukkan rakan subunit, NCT Dream serta kumpulan baru, TXT dengan album ‘The Dream Chapter: Eternity’ di dalam kedudukan carta yang sama. Untuk rekod, ini kali tiga NCT 127 berada di kedudukan pertama carta album Gaon bertarikh 23 Mei 2020 ini setelah merajainya pada 7 Mac dan 28 Mac 2020.

Namun begitu, jika tidak dijumlahkan pungutan diraih oleh NCT 127 menerusi keluaran kedua-dua album ini, NCT #127 Neo Zone The Final Round masih belum memintas rekod yang dikecapi oleh NCT Dream. Menerusi album ‘Reload’, NCT Dream berjaya melakarkan rekod jualan album kedua terlaris untuk tahun 2020 sekejap dengan pungutan sebanyak 411,258 unit sebelum rekod itu dipatahkan oleh Baekhyun EXO menerusi album solo keduanya, ‘Delight’ kemudian.

Album ‘repackaged’ kepada Neo Zone ini menghasilkan single ‘Punch’ menyusul ‘Dreams Come True’ dan ‘Kick It’ daripada album yang sama.

Sumber: Hanteo, Gaon

loading...