Jungkook BTS, Cha Eun Woo ASTRO, Jaehyun NCT 127 & Minkyu SEVENTEEN mengakui berseronok-seronok di Itaewon pada 25 April 2020 dalam kenyataan berasingan

Kesemua idol yang dikaitkan dengan berita tergempar Dispatch pagi tadi yang mengatakan empat orang idol telah berkunjung ke kelab arak (restoren bar) Itaewon pada 25 April 2020 lalu, telah mengesahkannya dalam kenyataan yang berasingan.

Terdahulu, Jungkook membuat pengakuan tersebut menerusi agensinya, Big Hit Entertainment dan disusuli dengan Cha Eun Woo ASTRO, Jaehyun NCT 127, dan Minkyu SEVENTEEN. Kesemuanya dilihat mengunjungi persekitaran Itaewon pada malam 25 April 2020 sehingga menjelang hari subuh 26 April 2020. Dispatch mendakwa kesemua idol berkenaan lahir pada tahun 1997, sekaligus mencetuskan spekulasi empat orang idol berkenaan ialah Jungkook, Cha Eun Woo, Jaehyun dan Minkyu.

Kesemua agensi idol berkenaan mengesahkan ujian Covid-19 dilakukan ke atas mereka didapati negatif dan keempat-empatnya tidak mengunjungi kelab gay yang dikatakan terhasilnya kluster Covid-19 pada tempoh hari.

Sumber: tenasia

loading...