Berikutan pendedahan eksklusif Dispatch berhubung empat orang idol yang didapati mengunjungi Itaewon pada 25 April 2020, netizen mempersoalkan kejujuran Cha Eun Woo dalam menyertai kempen penjarakan sosial beberapa hari selepasnya.
Cha Eun Woo telah menyertai kempen cabaran penjarakan sosial ditujukan khas buat pegawai perubatan yang berada di hadapan untuk menangani penularan Covid-19. Dalam masa yang sama, Dispatch turut mempersoalkan kehadiran Cha Eun Woo di dalam program-program hiburan pada 7, 8 dan 9 haribulan walaupun penyanyi itu sepatutnya dikuarantin selepas menjalani ujian Covid-19. Untuk rekod, Cha Eun Woo menyertai jelajah promosi album terbaru keluaran ASTRO sejak dua minggu yang lalu.
Antara komentar oleh netizen yang dilihat ialah ‘Kenapa kau berani sertai cabaran itu tetapi pergi juga ke Itaewon sewaktu penjarakan sosial dibuat?’, ‘Terima kasih kepada pegawai perubatan kerana kini mereka bertambah lagi kusut’. Cha Eun Woo telah pun membuat permohonan maaf kerana telah berkunjung ke Itaewon, menerusi agensinya, Fantagio sebentar tadi.
Sumber: SBS news