Teruja saksikan adegan seksi Go Sung Hee, Park Shi Hoo dicemuh netizen kerana ingatkan mereka tentang sejarah gelapnya

Komen “seksi” Park Shi Hoo terhadap Go Sung Hee di dalam sidang media drama TV Chosun Wind and Cloud and Rain tadi mengundang cemuhan netizen kerana dianggap tidak menghormati Go Sung Hee selain mengingatkan mereka pada sejarah gelapnya tentang tuduhan rogol suatu masa dulu.

Ditanya oleh hos kepada para pelakon tentang adegan paling dikenangi sepanjang membintangi drama itu, Go Sung Hee menjawab, “Agak payah untuk diperkatakan kerana watak lakonan saya diselubungi misteri. Ada orang lain boleh jawabkan tak?”

Park Shi Hoo segera menggapai mikrofon dan mencelah, “Ada adegan (seksi) yang terdedah. Sangat teruja untuk menyaksikan adegan seksi menyelerakan daripada Go Sung Hee. Tak sabar untuk menantikannya.”

Berikutan pendedahan berani daripada Park Shi Hoo, pelakon itu mendapat cemuhan daripada netizen kerana mengingatkan mereka tentang  tuduhan rogol dalam keadaan mabuk pernah dibuat ke atasnya suatu masa dulu meskipun dibuktikan tak bersalah sehingga menyebabkannya terpaksa berhenti berlakon sementara untuk beberapa tahun sejak tahun 2013. “Nampaknya dia tak pernah belajar daripada kesilapan dulu,” kata seorang netizen.

TV Chosun “Wind, Cloud and Rain”berkisarkan perjuangan perebutan takhta antara kingmakers dengan kemampuan psikik. Ia juga akan menampilkan campuran karakter fiksi dan karakter sejarah nyata mengenai perjuangan merebut takhta antara mereka yang mempunyai kemampuan psikik. Park Shi Hoo membawakan watak Choi Chun Joong, peramal dan ahli fisiognomis (pembaca wajah) terbaik Dinasti Joseon dan mampu mengubah masa depan Joseon dengan kemampuan psikisnya walaupun terpaksa mengorbankan hidupnya untuk wanita yang dia cintai.

Drama ini merupakan lakonan pertama Park Shi Hoo di dalam drama berbentuk sageuk sejak KBS Princess’s Man yang membuatkan namanya sebagai pelakon disegani ramai. Ia akan mula ditayangkan menerusi TV Chosun pada 17 Mei 2020 ini.

Sumber: newsen

loading...