Ini dia 5 sebab kenapa korang kena tonton “The King : Eternal Monarch”

Nampaknya. The King: Eternal Monarch sedang membina momentumnya tersendiri dan semakin mendapat sambutan sebagai projek ‘comeback’ besar bagi penulis skrip terhebat Kim Eun-suk dan Lee Min-ho yang kembali ke dunia lakonan selepas menamatkan khidmat tenteranya. Rata-rata terpaku dengan drama ini kerana kebanyakkannya merindukan lakonan Lee Min Ho, tidak kurang juga ada yang meminati hasil kerja Kim Eun Sook.

Kini drama ini akan menginjak ke episode lima dan ini antara 5 sebab kenapa drama “The King : Eternal Monarch” berbeza dengan tipikal drama cinta Korea yang lain serta perlu ditonton!

1.Hero drama yang tegas dalam menyatakan perasaannya

Banyak drama Korea mempunyai standard di mana heronya akan bermula dengan karakter yang dingin dan menyendiri atau kurang mesra. Sebenarnya, watak Lee Min-ho sebagai Kim Tan yang terkenal dari drama Kim Eun-suk “The Heirs” pada tahun 2013, pada mulanya kelihatan dingin kerana perasaan cintanya. Berbeza dengan “The King : Eternal Monarch” kerana heronya dari awal telah menyatakan perasaannya. Jadi, no hidden feelings here! Buktinya, Lee Gon lebih tulus dan terbuka dengan Jeong Tae-eul dari awal seperti petikan dialog : “Bukannya saya tidak tahu bagaimana untuk kembali, cuma saya yang tidak mahu pergi.” (“It’s not that I didn’t know how to go back, I just didn’t want to go.”) Aww, sweet kan, Lee Gon awal-awal dah declare perasaan dia!  Siapa yang tak cair, bukan. Dahlah hero ada pakej yang lengkap. Sekaligus, momen antara Lee Gon dan Jeong Tae-eul sentiasa mencuri perhatian penonton.

2. Heroin yang tegas dan berbeza dari heroin kebanyakkan

Bukan sahaja watak Lee Gon, bahkan watak Kim Go-eun sebagai Jeong Tae-eul dilihat menyimpang daripada watak utama wanita dalam Kdrama yang acapkali ditampilkan sebgai ceria dan optimis biarpun berdepan dengan kesusahan.  Jeong Tae-eul membesar dengan menonton rancangan kepolisian dan bukan seperti kanak-kanak perempuan lain yang suka bermain anak patung dan berpenampilan bak puteri. Dia juga mahir dalam taekwondo dan dapat mengendalikan pertarungannya dengan baik. Jeon Tae-eul seorang detektif yang berani dan juga garang. Jadi, gadis yang berada dalam kesusahan pasti akan diselamatkan olehnya. Seperti dialognya ; “Tidak semua orang berani, jadi saya memutuskan untuk jadi seorang yang berani.” Boleh digambarkan karakternya adalah impian setiap gadis.

3. Kombinasi romantis fantasi dan sci-fi

Drama ini bukan sahaja mengetengahkan komedi romantik. Biarpun banyak drama Korea memilih untuk terus memilih genre tersebut, The King: Eternal Monarch sedikit kelainan kerana ia menawarkan lebih  daripada sekadar romantik dan komedi.

Menurut sinopsis drama “The King: Eternal Monarch” ia menceritakan kisah maharaja Korea moden bernama Lee Gon (Lee Min Ho) yang cuba menutup pintu antara dua dunia dan detektif Jung Ta Eul (Kim Go Eun) dari Republik Korea yang berjuang menyelamatkan nyawa orang tersayang.

Kedua-dua sisi pintu selari antara satu sama lain. Walaupun kita telah melihat banyak drama konsep dunia yang selari sebelumnya, tetapi ini pertama kalinya kita melihat adanya sistem Monarki di dunia lain. Dan Raja itu adalah Lee Min Ho sendiri. Agak bagus untuk melihat di satu sisi dunia yang selari yang masih mengekalkan pemerintahan beraja dengan sentuhan moden. dengan pemerintahan Raja di dalamnya dan dengan sentuhan moden. Selain misteri, fantasi, aksi dan politik, kita juga akan melihat perkembangan percintaan di antara mereka dari dunia yang berlainan. Ia akan sangat menyeronokkan untuk dilihat. Tambahan, penonton sebenarnya dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah Korea. [Sebagai contoh semasa Lee Gon menerangkan perbezaan diantara Republik Korea dan Kerajaan Corea]

4. Dua sisi untuk setiap watak

Disebabkan ia menceritakan kewujudan dua dunia yang selari, akan ada seseorang yang sama dengan berbeza karakter disetiap dunia tersebut. Ini sekaligus memberikan cabaran buat para pelakon untuk menggambarkan dua watak yang berbeza dengan menggunakan kemahiran lakonan masing-masing.

Walaupun kita masih belum melihat versi lain dari semua orang, watak yang di bawakan Woo Do Hwan mencuri perhatian. Dia berjaya menggambarkan dua watak yang berbeza dengan baik. Jo Yeong yang tabah, sabar dan Jo Eun Seop yang comel dan lucu. Dalam kedua peranan tersebut, keserasiannya dengan Lee Min-ho menonjol kerana aksi ‘bromance’ mereka menggembirakan penonton.

5. Buah tangan istimewa nukilan Kim Eun Sook

Siapa yang tidak kenal dengan penulis hebat ini yang telah menghasilkan skrip untuk beberapa drama popular seperti “Lovers in Paris” (2004), “On Air” (2008), “Secret Garden” (2010), “A Gentleman’s Dignity” (2012), “The Heirs” (2013), “Descendants of the Sun” (2016), “Goblin” (2016–2017) dan “Mr. Sunshine” (2018). Nama dan pengaruh Kim Eun Sook jugalah yang menjadi penguat untuk Lee Min Ho bersetuju untuk membintangi drama ini berdasarkan kepercayaan terhadap kredibilitinya.

Selain itu, Kim Eun Sook dikenali kerana idea penceritaannya yang hebat, berjaya menggambarkan karakter yang kuat dan seringkali dialognya meninggalkan kesan dengan kehidupan seharian.

Beberapa scene menarik drama ini menjalani pengambaran di sekitar Korea, dan grafik komputer akan ditambahkan untuk membuatnya kelihatan seperti dua dunia yang selari semesta benar-benar ada. Pengarah “Who Are You” dan “Descendants of the Sun” Baek Sang Hoon dan pengarah “Search: WWW” Jung Ji Hyun akan bekerjasama untuk menciptakan dunia yang menakjubkan.

Dengan plot penceritaan yang menarik, dan seni sinematografi yang hebat sekaligus menjadikan sesuatu drama itu nampak hidup.

Jadi korang, ada banyak lagi aksi dan romantis untuk duo kami. Oleh itu, jangan ketinggalan kerana ceritanya baru bermula! Jangan lupa “The King: Eternal Monarch” kini bersiaran di Netflix dengan episod mingguan setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam.

Jom saksikan sedutan episode 5

loading...