“The World Of The Married” pintas rekod tontonan tertinggi milik “SKY Castle” bagi siaran TV kabel

Nampaknya drama terbitan JTBC sekali lagi mencetuskan fenomena dikalangan penonton drama. Bahkan drama terbaru mereka “The World of the Married” telah mencipta sejarah baru dalam dunia drama Korea.

Pada, 2 Mei  “The World of the Married” telah mencipta rekod baru dari segi tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah siaran TV kabel Korea.

Berdasarkan data Nielsen Korea, episode terkini drama hit  itu telah mencatat purata tontonan sebanyak 24.33% diseluruh Korea sekaligus memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh drama JTBC “SKY Castle” yang merekodkan purata tontonan sebanyak 23.78% pada episode terakhirnya pada 2019.

Selain rekod terbaru ini, satu-satunya rancangan rangkaian kabel yang pernah mendapat penarafan penonton yang lebih tinggi daripada “The World of the Married” adalah program uji bakat yang hit TV Chosun “Mister Trot,” yang mencapai tontonan sebanyak 35.7% ketika siaran kemuncak peratus pada bulan Mac.

Dengan berbaki tayangan empat episode lagi, ianya masih menjadi tanda tanya apakah  “The World of the Married” akan memecahkan rekod tayangannya sendiri dengan mencatatkan rekod tontonan yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhir ini.

“The World of The Married” adalah drama berkisarkan mengenai dendam terancang terhadap kecurangan pasangan suami isteri. Kehidupan pasangan ini yang mulanya indah akhirnya musnah kerana pengkhianatan si suami sehingga mengubah hidup isterinya dan mencetuskan kebencian. Drama yang semakin mendapat perhatian ramai ini tidak lagi sesuai untuk tontonan mereka yang berumur kurang dari 19 tahun. “Mulai episod sembilan ke atas, drama akan dinilai sebagai 19+. Ini kerana dalam pertengahan episod seterusnya, ia akan menjadi medan pertarungan antara Jin Sun Woo dan Lee Tae Oh di mana konflik hubungan antara watak-watak berkaitan akan didedahkan di dalam situasi berbeza. Untuk membolehkan karakter ini diterjemahkan secara realistik lagi, kami putuskan untuk nilaikan menjadi 19+,” kata pihak produksi seperti dipetik.

Apapun, tahniah kepada pelakon, produksi dan krew “The World of the Married”! Drama ini boleh ditonton menerusi dimsum.my mulai 1 Mei lepas.

Sumber : Yonhap 

loading...