jtbc ‘The World Of The Married’ bukan lagi sesuai untuk tontonan budak bawah umur

Drama berkisarkan dendam terancang terhadap kecurangan dilakukan oleh pasangannya ini kian mendapat tempat di hati penonton drama korea, bukan saja di Korea malah di Malaysia sekalipun. Masakan, rating yang semakin meningkat diperolehi saban minggu membuktikan drama ini tidak akan surut dan semakin mencanak naik populariti yang dikecapinya.

Kim Hee Ae membawakan watak Ji Sun Woo, seorang doktor keluarga, dan menjalani kehidupan yang sempurna dengan dikurniakan keluarga yang bahagia, suami yang setia serta seorang anak yang baik. Apabila keretakan perhubungan terjadi dalam kehidupan yang dirasakan bahagia, hidupnya mula berubah. Hari demi hari, hati Jin Sun Woo menjadi gundah gendala, cuba sedaya-upaya berbuat sesuatu bagi membalas balik penganiayaan diterimanya akibat cinta yang telah dikhianati terang-terang oleh suaminya, Lee Tae Oh (lakonan Park Hae Joon) merangkap sebagai pengarah filem dan telah kantoi bermain kayu tiga dengan Yeo Da Kyung (lakonan Han So Hee).

Dalam berkongsikan berita gembira tentang episod-episod akan datang, pihak produksi memaklumkan bahawa drama jtbc ‘The World Of The Married’ bukan lagi sesuai untuk tontonan budak bawah umur yang kurang daripada 19 tahun. “Mulai episod sembilan ke atas, drama akan dinilai sebagai 19+. Ini kerana dalam pertengahan episod seterusnya, ia akan menjadi medan pertarungan antara Jin Sun Woo dan Lee Tae Oh di mana konflik hubungan antara watak-watak berkaitan akan didedahkan di dalam situasi berbeza. Untuk membolehkan karakter ini diterjemahkan secara realistik lagi, kami putuskan untuk nilaikan menjadi 19+,” kata pihak produksi seperti dipetik.

https://www.youtube.com/watch?v=c34Bw_bKbF0

Mendapat sentuhan pengarah yang pernah tercalon Best Director 7th CARI Kdrama Awards menerusi drama JTBC “Misty”, iaitu Mo Wan Il, jtbc ‘The World Of The Married’ boleh ditonton menerusi VIU.

Sumber: hankookilbo