Lepas Jinu, kini tiba giliran Hoony pula yang akan jalani khidmat tentera pada 16 April ini

Pada 2 April lepas, ahli pertama kumpulan WINNER iaitu Jinu telah memulakan perkhidmatan tenteranya. Nampaknya selepas ini giliran Lee Seung Hoon atau Hoony pula yang akan mengikut jejak Jinu setelah penyanyi berkenaan mengumumkan kemasukannya ke kem tentera.

Hoony pada 12 Mac, telah berkongsi berita ini bersama dengan para peminat di mana dia akan memulakan latihan asas tentera pada 16 April ini sekaligus menjadi ahli kumpulan WINNER kedua memulakan khidmat tentera dengan meninggalkan dua lagi ahli iaitu Yoon dan Mino.

Antara perkongsian Hoony adalah seperti berikut:

Saya adalah orang seterusnya yang akan ikut jejak Jinu atau Jin Woo. Saya harap anda semua dapat memahami dengan baik dan menerima berita ini kerana saya tidak sampai hati untuk memberitahu anda dengan lebih awal. Jangan bimbang, saya akan kekal sihat dan buat yang terbaik sehingga saya kembali kelak.

Hoony akan mendaftar masuk ke Pusat Latihan Tentera Nonsan pada 16 April dan akan menjalani latihan asas sebelum ditugaskan ke bahagian lain di mana dia akan berkhidmat.

Terdahulu, WINNER baru sahaja meriliskan album studio ketiga berjudul “Remember” pada 9 April bersama sebuah muzik video untuk lagu dengan judul yang sama. Diharap, Inner Circle dapat memberikan sokongan tanpa jemu kepada kumpulan WINNER memandangkan mereka baru sahaja buat kemunculan semula. Difahamkan, album ini ditujukan buat para peminat memandangkan ahli-ahli WINNER sendiri memberikan sentuhan mereka kerana mereka tahu, ia akan menjadi buah tangan istimewa buat peminat. Tambahan dengan Jinu dan Hoony yang telah dan akan menyertai khidmat tentera sekaligus memberitahu, WINNER bakal berehat seketika secara kumpulan.

Apapun, kami mengucapkan selamat maju jaya buat Hoony yang akan menyertai khidmat tentera.

Sumber : Newsen

loading...