Sempena kempen #dudukrumah, Nam Joon & Jimin BTS sahut cabaran netizen bikin Dalgona Coffee pula

Pada hari ini, Jimin menjemput Nam Joon (Rap Monster) sebagai tetamu dalam sesi Vlive bersama peminat.

Menyahut cabaran netizen yang masing-masing menghasilkan Dalgona Coffee, Jimin turut bercadang melakukan perkara yang sama dan menamakan video siaran langsung mereka itu sebagai ‘Minimony’.

“Saya nak buat benda ini (Dalgona Coffee) nak tahu sedap ke tak,” sebelum memulakan aturcara membuat minuman yang masih lagi tertular di media sosial tersebut.

Kedua-duanya cuba memukul adunan di dalam mangkuk tersedia dengan pembahagian gula, kopi dan air yang telah ditetapkan. Namun, buihnya tetap juga tidak berhasil menyebabkan mereka berasa tertekan.

“Kita kena buat juga. Tunjukkan macam mana nak buat supaya peminat juga boleh berharap,” kata Jimin kepada Nam Joon selepas masing-masing seolah-olah sudah pasrah.

Kemudian, mereka pun cuba merasai ‘Dalgona Coffee’ buatan sendiri. Kata Jimin, “Macam tak rasa coffee sangat tapi rasa susu itu lebih kuat. Lebih baik kita beli saja.” Namjoon pun mencelah sambil berkata, “Ia macam campuran kopi tetapi rasanya mendalam. Strukturnya tetap sama.”

Mengakhiri video tersebut, Jimin turut mengakui sepanjang duduk di rumah, dia banyak menonton video-video dibuat oleh netizen dan terpengaruh dengan mereka. “Lain kali, kami berjanji untuk makan nasi sama-sama pula.”

Sumber: chosun ilbo

loading...