Sempena hari mengundi untuk pra-piliharaya umum Korea ke-21, Ryujin, Chaeryeong daripada kumpulan ITZY dan Jeong IN Stray Kids telah turun padang membuang undi bagi menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Korea.
Disebabkan masing-masing lahir pada tahun 2001, mereka kini sudah berusia 19 tahun dan layak untuk mengundi. Berkongsikan berita gembira tersebut, Ryujin berkata, “Saya begitu teruja kerana dapat mengundi untuk pertama kali.” Manakala, Chaeryeong turut tumpang gembira sambil berkata, “Saya mengundi dengan berhati-hati kerana satu undi akan menentukan masa depan negara Korea.”
Akhir sekali, Yang Jeong In atau manis digelar sebagai I.N. berkata dia rasa berbangga kerana dapat mengundi buat pertama kali.
Sumber: sport seoul