KBS batalkan pembikinan drama School 2020 serta-merta, nasib Kim Yo Han belum diketahui setakat ini

Dari kiri : Kim Yo Han, Eun Soo WJSN dan Kim Sae Ron

Pihak produksi KBS memutuskan untuk membatalkan pembikinan drama ‘School 2020’ setelah meniliti daripada pelbagai aspek.

Menurut laporan daripada Spottvnews dan Heraldpop, KBS ‘School 2020’ yang dirancang berdasarkan adaptasi daripada novel karangan Lee Oh Hyun, ‘Oh My Men! serta dihasilkan dengan kerjasama antara SR Pictures dan Kings Media ini, terpaksa dibatalkan setelah memikirkan keselamatan pelajar-pelajar sekolah sedia ada yang mungkin terdedah dengan bahaya penyebaran virus corona Covid-19.

Di samping itu, kontroversi pengguguran pelakon Ahn Seo Hyun secara tiba-tiba dan digantikan pula dengan tawaran lakonan yang belum pasti ke atas Kim Sae Ron juga dikaitkan antara penyebab kenapa keputusan itu diambil. Selain Kim Sae Ron, Eunseo WJSN juga ditawarkan untuk membawa salah satu watak utama.

Namun, tumpuan beralih pada Kim Yo Han yang telah mengesahkan penglibatannya dan telah terbabit secara aktif di dalam pra-pembikinan drama ini sejak setahun yang lalu. Nasibnya belum diketahui setakat ini memandangkan sekiranya drama ini diteruskan, ia bakal menjadi lakonan pertamanya sejak memulakan kerjayanya sebagai penyanyi idol. Kim Yo Han merupakan juara Produce X 101 dan juga ahli kumpulan kpop yang telah terbubar selepas hanya lima bulan menongkah populariti iaitu X1.

Sumber: heraldpop , spottvnews

loading...