Shin Ye Eun direbut dua lelaki kacak, Ong Seung Wu & Kim Dong Jun di dalam drama romantik jtbc terbaru

Ong Seung Wu, Shin Ye Eun dan Kim Dong Jun dilaporkan sudah mengesahkan untuk membintangi drama terbaru jtbc berjudul “Chances of Going from Friends to Lovers”.

Drama ini yang mendapatkan khidmat sutradara Choi Sung Bum (“jtbc My ID is Gangnam Beauty”), ia berkisarkan tentang lelaki dan wanita yang salah faham sebagai sahabat baik selama 10 tahun sehinggalah pada suatu hari mereka disatukan atas dasar cinta.

Ong Seung Wu pernah digandingkan bersama dengan Shin Ye Eun sebagai hos dalam satu ‘music show’ terkemuka.

Ong Seung Wu melakonkan watak Lee Soo, seorang jurugambar kacak dan berbakat tetapi tidak mempunyai pendirian tetap dalam hal-hal membabitkan hubungan cinta. Kehidupannya sentiasa tenang sehinggalah kehadiran Kyung Woo Yeon mula menusuk perlahan-lahan ke dalam hatinya. Shin Ye Eun pula membawakan watak Kyung Woo Yeon, yang nafi dalam soal cinta sehingga tak berani untuk meluahkannya di depan lelaki yang dicintainya sejak 10 tahun lalu. Namun, kemunculan Lee Soo secara tiba-tiba di dalam hidupnya yang sudah berpunya selepas 10 tahun kemudian, menyebabkan Woo Yeon berasa berbelah bagi. Manakala, Kim Dong Jun sebagai Ohn Joon Seo yang datang ke dalam hidup Woo Yeon sebagai CEO syarikat buku dengan resume membanggakan, tetapi terpaksa menerima hakikat bahawa satu-satunya wanita yang telah membuka hatinya yang telah berduka selama ini, bakal direbut oleh jurugambar yang tidak diketahui olehnya tentang asal-usul.

jtbc “Chances of Going from Friends to Lovers” akan disiarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Sumber: hankyung

loading...