Lee Je Hoon & Lee Dong Gun bakal membawa kita terbang ke langit dengan SBS Fox Bride Star

Industri drama korea tak putus-putus menampilkan genre menarik untuk ditayangkan, kali ini tema penerbangan pula dipilih untuk drama SBS Fox Bride Star.  Apapun, drama ini jauh sekali menfokuskan kepada suasana di atas langit (di dalam kapal terbang), tapi sebenarnya lebih kepada keadaan kelam-kabut berlaku di lapangan terbang dan bagaimana Lapangan Antarabangsa Incheon beroperasi di luar pengetahuan orang ramai.

Lee Je Hoon dan Lee Dong Gun telah pun mengatakan persetujuan untuk menerajui drama ini. Lee Je Hoon akan membawakan watak sebagai seorang pekerja di unit perancangan dan operasi lapangan terbang bernama Lee See Yeon. Lee See Yeon mendapat skor TOEIC tertinggi dan merupakan graduan KAIST paling cemerlang untuk jurusan penerbangan. Atas sebab ini, Lee See Yeon pernah mengimpikan untuk menjadi juruterbang, namun akhirnya terpaksa mengabaikannya setelah mendapati penglihatan matanya tak tajam dan jauh untuk menepati syarat-syarat khas menjadi juruterbang.

Di situ, dia akan menemui seorang gadis yang periang bernama Han Yeo Reum , bakal dilakonkan oleh Cha Soo Bin, bekerja di unit pengurusan CS. Han Yeo Reum bukan seorang yang melakukan kerja dengan sempurna kerana selalu melakukan kesalahan-kesalahan kecil, menyebabkan dia kadangkala ditegur dan dimarahi oleh senior-seniornya. Lagi-lagi mereka perlu mengawal keadaan lalu lintas orang ramai yang keluar masuk lapangan terbang tersebut dan mengikut SOP yang ditetapkan. Ini merupakan drama pertama Lee Je Hoon, pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards ini, sejak tvN Tomorrow With You dan TvN Signal.

 

Dari kiri atas: Lee Je Hoon, Chae Soo Bin. Dari kiri bawah: Lee Dong Gun, Kim Ji Su.

Lee Dong Gun dijangka membawa watak sebagai pengarah unit perancangan operasi bernama Seo In Woo, seorang yang dikenali atas semangat kepimpinannya dan serius dalam menjalankan tugasnya. Lee Dong Gun baru saja selesai membintangi drama jtbc Sketch. Kim Ji Su pula sebagai pengarah lapangan terbang untuk unit kawalan lalu lintas.

SBS Fox Bride Star ditulis oleh Kang Eun Kyung, yang sebelum ini telah menghasilkan karya seperti “Baker King Kim Tak Goo”, “Gu Family Book” dan “Romantic Doctor Kim“. PD drama ini adalah Shin Woo Chul yang pernah mengarahkan drama “Secret Garden“, “A Gentleman’s Dignity” and “Gu Family Book“. Gandingan mereka sekali lagi amat dinanti-nantikan penonton terutamanya drama SBS “Romantic Doctor Teacher Kim” yang memaparkan aksi-aksi doktor dalam menjalankan tugasnya. Begitu juga, drama ini akan menonjolkan aksi-aksi pekerja lapangan terbang melakukan operasi harian mereka bagi memastikan ia terkawal.

SBS Fox Bride Star akan menemui penonton pada October ini dan ditayangkan pada slot Sabtu dan Ahad.

Sumber: sport donga news sbs

loading...