Juyeon The Boyz Kim Min Kyu dikhuatiri terkena jangkitan Covid-19 kerana dikatakan mempunyai sejarah pernah berhubung dengan seorang staf Sihyeon Everglow yang telah didapati positif virus corona itu sebentar tadi.
Agensi The Boyz, Cracker Entertainment mengesahkan anak buahnya itu sedang menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga, begitu juga tindakan yang sama diambil oleh Jellyfish Entertainment, agensi kepada Kim Min Kyu (bekas pelatih ProduceX101). Keputusan ujian mereka dijangka diketahui secepat-cepatnya esok.
Juyeon dan Kim Min Kyu menyertai SBS MTV ‘The Show’ yang dihoskan oleh Sihyeon Everglow. Kesemua krew ‘The Show’ sedang menjalani ujian Covid-19 apabila diberitahu tentang makluman seorang staff Sihyeon telah dijangkiti virus berkenaan. Keputusan ujian Covid-19 ke atas Sihyeon bagaimanapun mendapatinya negatif.
Menurut jurucakap rasmi yang dipetik berkata, “Pihak produksi akan menjalankan kuarantin selama dua minggu berkuat kuasa sekarang. Tiada lagi siaran untuk ‘The Show’ buat masa ini.”
Sumber: hankookilbo