Lee Chi Hoon, model ‘Ulzzang’ terkenal, meninggal dunia kerana jangkitan kuman

Bekas model terkenal sewaktu era ‘Ulzzang’ di Korea, Lee Chi Hoon, meninggal dunia pada pagi tadi dipercayai kerana jangkitan kuman di dalam darahnya (akut sepsis).

Lee Chi Hoon berusia 32 tahun dan pernah bertugas sebagai Broadcast Jockey bagi laman penstriman Afreeca TV.  Mendiang pernah menyertai rancangan tv komedi. ‘Ulzzang Era 5’ yang membuatkan namanya agak dikenali.

Kali terakhir Lee Chi Hoon dilihat  mengemaskinikan laman instagram-nya, @hoonchichi adalah pada dua minggu yang lalu di mana beliau memuji peribadi wanita dikasihinya kerana terpaksa melakukan senaman badan di dalam rumah akibat serangan wabak Covid-19. Kemudian, mendiang mengaku pernah mendapat rawatan di hospital kerana sakit lymphadenitis yang dialaminya seperti dimaklumkannya di dalam buletin forum Afreecan TV tak lama dahulu, namun sumber terdekat daripada rakan Broadcast Jockey Seya mendedahkan sebab kematiannya dikatakan berpunca daripada akut sepsis.

Sumber: donga, tv report, star mbn

loading...