Ikuti temubual eksklusif bersama MXM sempena Match Up FanMeeting Di Kuala Lumpur

Artis baru duo yang semakin meningkatnaik dan semakin dikenali iaitu MXM buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminat mereka. Sekiranya anda adalah peminat rancangan reality popular ‘Produce 101’ anda pasti pernah mendengar mengenai syarikat rakaman ‘Brand New Music’. Walaupun tidak berjaya meneruskan perjuangan seperti dua rakan mereka untuk debut menerusi rancang itu tetapi pihak ‘Brand New Music’ telah melahirkan duo MXM pada 27 Julai 2018 dengan lagu debut mereka ‘Good Day’ dan ‘I Just Do’

Kali ini MXM akan bertemu peminat Malaysia buat pertamanya pada 1 May 2018 di HGH Conversation Centre, Kuala Lumpur – Match Up  FanMeeting.

Mahu mengenali dua jejaka ini dengan lebih dekat? Kali ini Kmania akan berkongsi dengan anda teletah Lim Youngmin dan Kim Donghyun semasa di sidang media mereka yang telah diadakan pada 30 April 2018 di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

https://www.instagram.com/p/BiLh-sUBSvK/?taken-by=kmania.my

IG Kmania : https://www.instagram.com/p/BiLh-sUBSvK/?taken-by=kmania.my

Bagaimana perasaan anda berdua apabila pertama kali sampai di Malaysia?

Ini adalah pertama kali kami sampai di Malaysia berdua, kami sangat teruja kerana mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari peminat kami bermula dari kami tiba di KLIA lagi. Kami tidak sabar untuk bersama dengan peminat kami dengan lebih dekat lagi.

Youngmin, kami dimaklumkan yang anda pernah menetap Di Singapura selama 5 tahun, jadi mungkin anda dapat merasakan perbezaan atau persamaan antara Singapura dan Malaysia?

Maafkan dengan jawapan saya, memang saya dilahirkan di Singapura dan menetap sehingga saya berumur 5 tahun. Tetapi saya merasakan tiada memori yang saya ingat sepanjang menetap di Singapura, mungkin ketika itu saya masih terlalu kecil dan tidak tahu apa-apa. Maafkan saya.

Apakah jenis muzik yang akan MXM cuba dimasa akan datang?

Kami sudah menghasilkan lagu yang berkonsepkan hiphop dan funk, dan kami selesa dengan konsep yang telah ditetapkan oleh pihak rakaman untuk kami. Tetapi kami akan mencuba untuk memilih konsep ‘band’

Siapakah idola anda didalam industri muzik?

Youngmin: Semasa saya kecil saya sangat mengagumi penyanyi Jay Park, saya juga mempunyai impian untuk berduet dengan Jay Park satu hari nanti.

Donghyun: Crush adalah role model saya, saya akan berusaha untuk menjadi seperti dia dan saya sangat berharap supaya saya dapat berkerjasama dengan Crush.

Jelajah Asia MXM Match Up Fan Meeting in Kuala Lumpur kali ini di bawakan secara exclusive oleh IME Production dan Warner Music Malaysia. Nantikan laporan dari kami seterusnya.

 

Laporan disediakan : Mallisa Saila dan Mallisa Nadia

loading...