Impian Ahn Seo Hyun bersama Kim Yo Han hancur berkecai gara-gara Kim Sae Ron bakal jadi penggantinya di dalam School 2020

Kelibat Ahn Seo Hyun di set penggambaran drama KBS School 2020 telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen tentang siapakah heroin sebenar akan dipasangkan dengan Kim Yo Han di dalam drama itu nanti.

Hal ini berikutan Kim Sae Ron juga dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran berlakon di samping Kim Yo Han di dalam drama tersebut menurut beberapa laporan media manakala Ahn Seo Hyun juga disebut-sebut akan membintanginya tak lama dahulu. Pihak produksi drama belum lagi mahu memberikan kata putus mengenainya, maka persoalan tersebut tinggal tanda tanya untuk seketika.

Sebelum ini, Ahn Seo Hyun pernah melahirkan perasaan tidak berpuas hatinya terhadap pihak produksi drama setelah menunggu hampir 300 hari untuk disahkan penglibatannya di dalam drama berkenaan. Segalanya seakan-akan terjawab semalam apabila pihak produksi telah menggantikannya dengan Kim Sae Ron dengan menawarkan tawaran lakonan kepadanya. Akibatnya, Ahn Seo Hyun menunjukkan rasa protesnya dengan memuatnaik gambarnya di samping Kim Yo Han di set penggambaran seperti di atas, namun segera memadamkannya kemudian atas dasar professionalisme. Ahn Seo Hyun turut mempersoalkan tindakan wakil produksi drama yang tidak mengotakan janji mereka sehingga memaksanya bertindak sedemikian. Namun, dengan sokongan daripada netizen, pelakon itu akhirnya redha dengan keputusan dibuat pihak produksi berkenaan.

Ahn Seo Hyun mempersoalkan janji yang tidak ditunaikan oleh pihak produksi drama.

 

Ahn Seo Hyun diura-urakan sebagai pelakon utama merangkap kepada kekasih hati Kim Yo Han di dalam drama School 2020 nanti, namun impiannya hancur berkecai setelah peranannya mungkin akan digantikan oleh orang lain.

Untuk makluman lanjut, Kim Yo Han telah mengesahkan drama ini sebagai drama pertama lakonannya sejak menceburi di dalam industri seni sebagai penyanyi idola. Beliau menongkah populariti sebagai juara Produce 101 musim ke-2 dan juga merupakan bekas ahli kumpulan X1 yang baru saja dibubarkan pada awal bulan lalu disebabkan kontroversi manipulasi undian. Bagi memastikan komitmen beliau terhadap drama ini, Kim Yo Han dilihat banyak menghabiskan masa dengan melakukan senaman taekwando selain berulang-alik ke set penggambaran beberapa kali bagi mempraktiskan skrip lakonannya.

Manakala, Kim Sae Ron terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai pelakon sejak kecil lagi. Antara drama lakonannya termasuklah MBC Queen Classroom, jtbc Secret Healer dan TV Chosun Leverage. Seperti juga Kim Sae Ron, Ahn Seo Hyun yang juga merupakan pelakon kanak-kanak dikenali menerusi drama-drama seperti SBS Haechi dan KBS Dream High selain filem Okja sebagai pelakon utama di bawah arahan pemenang Oscar, Bong Joon Ho.

Sumber: etoday, koreanboo

loading...