Nayeon TWICE mohon digugurkan perintah mahkamah dibuat ke atas sasaeng ini

JYP Entertainment terpaksa menggugurkan perintah mahkamah dibuat ke atas sasaeng setelah diminta oleh anak buahnya, Nayeon. Perintah mahkamah tersebut bertujuan untuk menjauhkan Nayeon dengan sasaeng itu.

“Kami terpaksa menggugurkannya disebabkan ada masalah dengan penyampaiannya. Tetapi, kami tetap akan meneruskannya lagi jika sasaeng itu datang balik ke Korea,” kata jurucakap JYP Entertainment.

Sasaeng tersebut merujuk kepada seorang warganegara Jerman yang pernah menetap di Korea sekian lama dahulu dengan menggunakan nama twitter dan Youtuber Josh1994. Pengguna Youtuber itu mendedahkan secara terbuka bahawa dia sedang mengikuti Nayeon secara rapat setelah tiga tahun memendam rasa terhadapnya. Akibatnya, kelab peminat TWICE, ONCE merayu kepada JYP untuk bertindak tegas ke atasnya dengan segera memandangkan status sasaeng itu sebagai anak orang berada di Jerman.

Sumber: star mk

loading...