Heechul beri bayangan sudah keluar daripada Super Junior, SJ sahkan Heechul masih ahli SuJu

Label SJ mengesahkan Kim Heechul tetap ahli Super Junior (SuJu) berikutan kenyataan penyanyi itu yang membayangkan dirinya sudah keluar daripada SuJu.

“Heechul masih ahli Super Junior. Walaupun dia tak boleh lagi menari di atas pentas, dia masih terlibat di dalam penghasilan album dan lain-lain seperti kelazimannya,” ulas label SuJu menjelaskan suntingan program realiti yang dihadiri oleh Heechul sebagai tetamu undangan itu telah diubahsuai seolah-olah menunjukkan Heechul sudah keluar daripada SuJu.

Di dalam JTBC 7.7 Billion in Love yang disiarkan pada 16 Mac 2020 kelmarin, Heechul berkongsi cerita bagaimana kecederaan kaki yang dialaminya pada kemalangan pada tahun 2016, ditambah lagi sejarah mengalami kemalangan buruk pada 14 tahun lalu telah membataskan pergerakannya di atas pentas.

“Tahun demi tahun sudah berlalu, tetapi kaki kiriku ini betul-betul menyusahku sehingga aku terpaksa ke hospital selalu untuk dapatkan rawatan. Doktor cakap jika aku kerap gunakan kaki ini, aku akan kehilangan kaki ini buat selama-lamanya,” kata Heechul.

Serentak dengan itu, Heechul menerangkan kepada ahli-ahli SuJu yang lain tentang kepayahan dialaminya bakal membataskan kumpulan dianggotainya bergerak secara aktif, namun permintaannya itu ditolak oleh mereka dengan mengatakan bahawa dia tak perlu menari di atas pentas dan sebaliknya ianya harus ditangani bersama.

“Aku tak mahu susahkan mereka. Jadi, aku putuskan untuk berhenti di sini saja. Dalam situasi sebegini, aku bayangkan diriku ini sudah meninggalkan SuJu,” kata Heechul lagi.

Selain aktif membintangi berbagai-bagai program realiti tv termasuklah jtbc Knowing Brothers, Heechul kini sedang menumpukan hubungannya yang terjalin antaranya dengan Momo TWICE.

Sumber: sport seoul

loading...