Lee Seung Gi pujuk Ong Seung Wu supaya kekal bersamanya di dalam SBS Master In The House

Lee Seung Gi mendedahkan hasratnya untuk menggaji Ong Seung Wu menjadi pelajar sepenuh masa di dalam SBS Master in The House.

Di dalam sedutan ‘teaser’ episod SBS Master in The House yang akan datang, Ong Seung Wu membuat kemunculannya sebagai pelajar sekejap bagi menggantikan peranan Yook Sung Jae dan hasilnya beliau menunjukkan kimianya yang amat baik dengan rakan-rakan lain sejak sesi penggambaran berlangsung.

Lee Seung Gi sempat menanya kepada Ong Seung Wu, “Boleh tak kau datang hari minggu selalu? Kalau kau sibuk, boleh datang lagi tak untuk minggu keempat pula?.” Untuk rekod, penggambaran SBS Master in The House dibuat secara berselang-seli antara Isnin hingga Selasa.

SBS Master in The House merupakan rancangan realiti tv yang memperuntukkan mereka untuk berkampung selama beberapa hari bagi mempelajari ilmu-ilmu dicurahkan oleh sifu atau pakar yang dikunjungi mereka. Lee Sang Yoon dan Yook Sung Jae memilih untuk mengundur diri daripada rancangan tersebut setelah hampir dua tahun mengganggotainya bersama Lee Seung Gi dan Yang Se Hyung. Manakala, Ong Seung Wu kini sedang di dalam proses menyiapkan album solo sulungnya, ‘Layers’ yang dijadualkan pelancarannya pada 25 Mac 2020 nanti.

Sumber: newsen

loading...