Penggambaran filem ‘Silent Morning’ lakonan Yoo Yeon Seok ditangguhkan selepas Olga Kurylenko disahkan positif COVID-19

Penggambaran filem ‘Silent Morning’ yang akan menggandingkan Yoo Yeon Seok dan Olga Kurylenko bersama, bakal ditangguhkan berikutan pengumuman pelakon kelahiran French itu telah dijangkiti virus COVID-19 di media sosialnya semalam.

‘Silent Morning’ merupakan arahan Denny Dercourt sepenuhnya dengan kerjasama bersama produksi Korea dan penggambarannya akan dibuat di Korea. Bagaimanapun, krew Perancis yang dijadualkan akan memasuki Korea dalam beberapa hari saja, mungkin terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Yoo Yeon Seok yang kini sedang membintangi drama tvN Hospital Playlist, difahamkan akan berehat sepenuhnya selepas selesai menjalani penggambaran filem tersebut.

Sumber: money today

loading...