Ku Hye Sun ketawa girang, tanda lega sudah perkahwinan dengan Ahn Jae Hyun ternoktah akhirnya

Image may contain: 3 people

Ku Hye Sun mengemaskini laman instagram-nya sebaik saja penceraiannya dengan Ahn Jae Hyun telah dimuktamadkan oleh pihak mahkamah petang tadi.

Dalam dua gambar yang dimuatnaikkan, Ku Hye Sun dilihat ketawa sekejap, kemudian disusuli dengan gambar kedua di mana aktress itu hanya tersenyum memandang ke hadapan. Di bawah gambar tersebut tertulis kapsyen berbunyi, “Kembali semula untuk berjuang.”

Pada jam 2 petang 15 Julai 2020, kedua-dua bekas mempelai ini hadir untuk mendengar perbicaraan penceraian mereka di hadapan Mahkamah Keluarga Seoul. Kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan sebarang proses tertangguh seterusnya menoktahkan ikatan perkahwinan yang telah terjalin selama ini.

Berita penceraian mereka antara yang paling sensasi pada tahun 2019 apabila Ku Hye Sun dilihat tidak henti-henti menyalahkan Ahn Jae Hyun di atas perlakuan suaminya itu yang dianggap buruk daripada pandangan matanya.

Sumber: instagram Ku Hye Sun

loading...