Kang Daniel akan muncul sebagai tetamu undangan ‘Running Man’ buat pertama kali sejak tiga tahun lalu

Kang Daniel akan membuat kemunculan keduanya di rancangan realiti popular di Korea dan juga Malaysia, iaitu SBS Running Man selepas tiga tahun.

Menurut sumber terdekat daripada SBS, Kang Daniel telah pun selesai menjalani penggambaran bersama krew-krew Running Man dan episod yang menampilkan dirinya nanti akan disiarkan pada 22 Mac 2020. Kang Daniel pernah menjadi tetamu undangan untuk episod perlumbaan ‘Criminal City’ disiarkan pada November 2017.

Kang Daniel sedang dalam proses untuk menyiapkan album mini pertamanya, ‘CYAN’ dan kegiatannya kini dapat ditonton menerusi SBS Fil ‘Hello, Daniel’, memaparkan penggambarannya di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Sumber: donga

loading...