/Hyerim Wonder Girls sedang dilamun cinta dengan pemain taekwando

Hyerim Wonder Girls sedang dilamun cinta dengan pemain taekwando

Hyerim, bekas ahli Wonder Girls mengaku kini sedang dilamun cinta pemain taekwando kebangsaan, Shin Min Cheol.

Agensi Hyerim, rrr Entertainment yang ditubuhkannya bersama dengan rakan sekumpulan, Yubin telah mengumumkan bahawa beliau akan membuat kemunculan di dalam rancangan realiti tv MBC, ‘Don’t Be Jealous’ bersama-sama dengan teman lelakinya. Hyerim dan Shin Min Cheoldilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta selama 7 tahun.

Shin Min Cheol yang lebih tua enam tahun daripada Hyerim, lahir pada tahun 1986 dan merupakan graduan fakulti taekwando di Kyunghee University. Hyerim pula menyertai Wonder Girls di waktu kemuncak kegemilangan kumpulan itu menggantikan peranan Sunmi yang meninggalkannya terlebih dahulu. Wonder Girls mencetuskan fenomena seluruh dunia sekian lama dahulu apabila menjadi kumpulan kpop pertama menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat dengan single hit mereka, ‘Nobody’ yang berjaya menduduki no.76 di dalam carta Billboard Hot 100. Bagaimanapun, Wonder Girls terbubar pada tahun 2017 selepas masing-masing tidak meneruskan kontrak lagi bersama dengan JYP.

MBC ‘Don’t Be Jealous’ akan disiarkan mulai Isnin ini.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...