Lee Dong Wook ancam akan menyaman sesiapa kaitkan dirinya sebagai penganut ajaran sesat Shincheon

Agensi Lee Dong Wook, King Kong Entertainment akan bertindak keras terhadap fitnah-fitnah yang mengaitkan dirinya sebagai penganut ajaran sesat Shincheon.

Jurucakap agensi itu berkata, “Kami diberitahu tentang beberapa kelompok agama tertentu yang mengaitkan artis kami dengannya. Kami akan mengambil tindakan undang-undang untuk membasmi fitnah dan tohmahan tersebut. Kami tidak akan sesekali membiarkan apa-apa saja perkara yang akan menjatuhkan kredibiliti dan maruah artis kami.”

Sebelum ini timbul desas-desus Lee Dong Wook dikatakan antara salah satu selebriti Korea terbabit di dalam himpunan kultus keagamaan Shincheon samada mungkin sebagai penganut ataupun sebagai penyokong gerakan tersebut. Nama-nama selebriti itu disenaraikan satu-persatu dan disebarkan menerusi laman sosial sejak 3 Mac 2020 kelmarin. Kultus keagamaan Shincheon dipersalahkan kerana menjadi penyebab kenapa bilangan mereka yang dijangkiti dengan virus Corona meningkat secara mendadak di Korea dalam masa yang singkat.

Lee Dong Wook akan membintangi drama terbaru, tvN Tale of Guminho sebagai guminho lelaki buat pertama kali bersama-sama Jo Bo Ah dan Kim Bum.

Sumber: hankookilbo

loading...