/Seo In Guk bakal kembali dengan drama terbaru, MBC Smoking Gun sebagai perisik NIS

Seo In Guk bakal kembali dengan drama terbaru, MBC Smoking Gun sebagai perisik NIS

Seo In Guk sedang menimbang untuk membintangi drama terbaru MBC Smoking Gun.

MBC Smoking Gun yang bertemakan aksi penyiasatan, berkisarkan tentang seroang agen risikan Korea Selatan yang mengalami amnesia dan agen Korea Utara yang ditugaskan untuk membunuhnya kerana dikatakan terbabit di dalam perancangan untuk melakukan keganasan. Seo In Guk akan berlakon sebagai Kim Do Young, agen risikan NIS yang dituduh atas jenayah tersebut selepas hilang ingatan. Drama ini bakal dinukilkan oleh penulis skrip MBC Ruler: Master of The Mask.

Sekiranya Seo In Guk, ia merupakan drama pertama lakonannya sejak tvN ‘100 Million Stars Falling From The Sky’ disiarkan pada November 2018 dan beliau pernah dikecualikan daripada menjalani latihan khidmat negara sepanjang tempoh tersebut. Seo In Guk juga pernah menerima pencalonan Best Actor CARI Kdrama Awards di atas lakonan di dalam MBC Shopping King Louis.

Sumber: sport khans

Komentar

comments

loading...