Jungshin & Minhyuk CNBLUE telah keluar ‘military’ lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan

Jungshin dan Minhyuk daripada kumpulan CNBLUE dilaporkan telah pun menamatkan latihan khidmat negara lebih awal daripada tempoh jangkaan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap bahaya virus Corona COVID-9.

Kedua-duanya yang sepatutnya keluar pada 19 Mac 2020 ini, telah diarahkan untuk menamatkan perkhidmatan itu dengan segera sebaik saja pengumuman daripada Jabatan Pentadbiran Ketenteraan yang mengkehendakkan mana-mana askar yang akan menamatkan latihan khidmat negaranya, akan dibolehkan untuk mengambil cuti seterusnya dibebaskan sepenuhnya daripada perkhidmatan tersebut.

Untuk rekod, Wooyoung 2PM juga telah dibebaskan lebih awal pada awal bulan Februari lepas manakala  Minhyuk dan Jungshin masing-masing telah dibebaskan pada 3 Mac dan 4 Mac semalam. Jung Yonghwa yang merupakah ahli tertua kumpulan itu telah pun selesai menjalani latihan khidmat negara pada 3 November 2019 lalu manakala bekas ahli kumpulan itu, Lee Jonghyun masih lagi meneruskan perkhidmatannya di dalam ketenteraan seperti biasa. Jonghyun yang terbabit di dalam kontroversi penyebaran video seks oleh Jung Joon Young menyebabkannya dikeluarkan daripada CNBlue.

Dengan kembalinya Jungshin dan Minhyuk, CNBLUE dijangka akan aktif semula memeriahkan industri muzik kpop dalam masa beberapa bulan saja lagi.

Sumber: mbn news, xsportnews

loading...