/Bukti mesej teks jelas menunjukkan Ha Jung Woo tidak menyalahguna propofol, lapor Channel A

Bukti mesej teks jelas menunjukkan Ha Jung Woo tidak menyalahguna propofol, lapor Channel A

Kenyataan agensi Ha Jung Woo mengenai suntikan propofol bagi rawatan muka sahaja senada dengan apa yang didedahkan oleh laporan Channel A sebentar tadi.

Menurut Channel A, bukti mesej teks di antara pelakon Chaser dan filem bersiri, Along With The Gods ini dengan doktor klinik pembedahan plastik berkenaan jelas menunjukkan Ha Jung Woo tidak menyalahguna propofol melainkan untuk rawatan ke atas kesan parut di mukanya sahaja.  Sebelum itu, Ha Jung Woo telah menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau menyalahguna dadah tersebut lantas menyertakan simpanan bukti teks mesej sebagai jaminan terhadap kenyataannya kemudian. Katanya lagi, doktor berkenaan mengarahkannya dikenakan ubat pelali propofol bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu prosedur rawatan muka itu dilakukan.

Ha Jung Woo disahkan akan dipanggil oleh pihak pendakwaraya untuk disoal-siasat manakala peguambelanya pula berkata ketidakberadaan Ha Jung Woo di Korea sekarang menyukarkan Ha Jung Woo untuk disoal-siasat secepat mungkin.

Penyalahgunaan dadah jenis propofol ditakrifkan sebagai melanggar undang-undang di Korea. Pada tahun 2013 yang lalu, pelakon terkenal Park Si Yeon, Jang Mi Inae dan Lee Seung Yeon didakwa kerana menyalahguna propofol sesuka hati. Propofol biasanya dijadikan sebagai ubat tidur dengan kebolehannya membangunkan penggunanya begitu cepat. Namun, penggunaannya tanpa kawalan sangat berbahaya kerana boleh merendahkan tekanan darah dan menyebabkan penggunanya sesak nafas.

Sumber: channel a news, mk stars

Komentar

comments

loading...