Kim Rae Won Dedah Rahsia Pernah Menolak Bintangi Drama Popular

Masihkah anda ingat lagi Dr. Hong Ji Hong atau nama sebenarnya Kim Rae Won Oppa yang sangat humble dan berbakat ini. Rupanya pelakon yang dilahirkan pada 19 Mac ini menyimpan satu rahsia yang menjadi tanda tanya hingga saat ini. (Saengil Chukha Hamnida Kim Rae Won Oppa)

Dalam sebuah temubual  temu bual baru-baru ini, pelakon yang pernah tercalon Best Actor dalam 4th CARI Kdrama Award menerusi drama Punch ini telah berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau dalam membintangi filem dan televisyen. Ketika berbicara mengenai hasil kerja lakonan beliau dalam drama mengenai “Doctors,” secara kebetulan beliau memberikan sedikit ‘hint’ mengenai sebuah drama yang mana beliau hampir berlakon dalam drama tersebut.

“Saya dengan sopan telah menolak tawaran itu, tetapi ia akhirnya menjadi sebuah drama yang sangat popular. Tajuk drama ini terpaksa saya rahsiakan, “katanya sambil ketawa. “Pelakon [yang akhirnya menerima tawaran tersebut] berjaya lakukan dengan baik, jadi drama ini menjadi  hebat dan popular. Jika saya melakukannya, mungkin ia tidak akan menjadi sebegitu. ”

Walaupun wartawan berterusan meminta beliau untuk memberikan tajuk drama berkenaan, pelakon ini hanya membalas dengan tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

The film tells the story of a former police inspector (played by Kim) jailed for a hit-and-run accident. During his imprisonment, he realized that the prison is controlled by his inmate (played by Han) who runs a giant crime ring inside.

Sementara itu, filem Kim Rae Won yang terbaru  “The Prison” akan ditayangkan bermula 23 Mac ini .  Dalam filem itu, Kim Rae Won bergandingan bersama pelakon veteran seperti Han Suk Kyu dan Jung Woong In. Drama ini berkisarkan tentang banduan yang melarikan diri dari penjara untuk melakukan jenayah yang sebenar. Yang menariknya bahawa kedua-dua pelakon utama filem ini ( Kim Rae Won dan Han Suk Kyu ) pernah melakonakan watak sebagai seorang  seorang doktor dalam drama lakonan mereka.

Bolehkah anda meneka apakah drama yang sepatutnya Kim Rae Won muncul?

loading...