Kang Gary akan kembali ke dunia TV menerusi rancangan “The Return of Superman”

Masih ingatkan anda dengan Kang Gary yang popular dengan pelbagai aksinya menerusi rancangan “Running Man”? Pasti ramai yang masih mengingati serta merindui Gary kan? Jangan risau, sebab Gary akan muncul kembali dikaca TV anda.

Pada 7 Januari yang lalu, produksi rancangan “The Return of Superman” mengumumkan bahawa Gary akan menyertai rancangan itu.

Ini merupakan penampilan pertama Gary dikaca TV dalam tempoh tiga tahun. Kali ini, Gary akan menunjukkan sisi barunya sebagai seorang ayah kepada anaknya yang berusia 26 bulan, Kang Ha Oh. Kang Ha Oh amat meminati muzik dan memiliki kebolehan bercakap yang mengagumkan.

Episode pertama Gary dan Kang Ha Oh dijadual untuk tayangan pada Februari depan. Buat peminat Gary, jangan lupa tonton ya!

Sumber : mksports

loading...