Jimin BTS, artis kpop paling digilai oleh pengguna twitter di Eropah, Amerika & Asia untuk tahun 2019

Twitter mendedahkan selebriti-selebriti yang mendapat ‘ranking’ tertinggi untuk sebutan di laman sosial mereka bagi setiap negara untuk tahun 2019. Jimin atau Park Ji Min daripada kumpulan kpop, BTS dinamakan sebagai satu-satunya artis kelahiran Asia yang berada di dalam ‘ranking’ tertinggi secara keseluruhan.

 

Itali melaporkan Jimin berada di dalam top 5 sebutan paling banyak di twitter dengan tanda pagar #Jimin berkumandang di ruang twitter negara teluk itu. Begitu juga di Perancis, Jimin turut mendahului sebutan tertinggi selepas tanda pagar #BTS dan #kpop dengan menggelarkan Jimin sebagai simbolik teragung BTS. Jimin turut memperolehi sebutan kedua dan ketujuh terbanyak masing-masing di Chile dan Filipina untuk tahun 2019, serta secara keseluruhannya mendahului artis Kpop dengan sebutan tertinggi di negara-negara Latin.

Sebutan tertinggi diraih oleh Jimin bukanlah satu kejutan memandangkan beliau juga pernah menerima pengiktirafan berkenaan  pada tahun 2018. Malah, ketika hari jadinya pada 13 Oktober 2019 lalu, Twitter mengumumkan Jimin paling banyak diucapkan tahniah oleh pengguna twitter di dalam sehari sekaligus membikin rekod tersendiri.

Sumber: segye

loading...