Lee Dong Wook bakal cabarkan dirinya jadi ‘wanita’ demi watak Gumiho di dalam drama terbaru

Lee Dong Wook telah pun menyatakan persetujuannya untuk membintangi drama tvN terbaru, ‘Tale of Gumiho’.

Lee Dong Wook bakal membawa watak sebagai lelaki makhluk musang berekor sembilan, Gumiho yang biasanya sinonim dengan wanita. Gumino pernah ditabalkan sebagai dewa pergunungan Baekdudaegan tetapi di zaman moden terpaksa bekerja sebagai pegawai kerajaan. Tugasnya ialah membasmi mereka yang mengganggu kestabilan dunia dengan menyorok di sebalik identiti sebagai hantu.

Ini merupakan drama terbaru lakonan Lee Dong Wook selepas OCN Stranger pada tahun ini juga di mana beliau berlakon sebagai pembunuh psikopath.

Sumber: daily sports

loading...