Lagak Leeteuk Super Junior bergaya ala-ala Elsa kembali, undang perhatian netizen

Leeteuk Super Junior menghadiahkan peminat dengan gambarnya yang bergaya seperti Elsa di laman instagramnya semalam walaupun beliau dilihat telah pun memadamkan status itu kemudiannya. Elsa ialah watak garapan popular keluaran Disney, yang diambil daripada filem Frozen.

Leeteuk menyertakan gambar dengan kapsyen berbunyi “#Memories Head # Blue Hair # Blue Hair # Elsa Follow” dan pernah berkunjung ke panggung wayang beberapa hari lalu bagi menyaksikan sendiri Frozen 2, filem kesukaannya itu. Rata-rata memuji warna biru rambut Leeteuk yang menyerlahkan persona Elsa tersebut, seterusnya mengimbau kembali kenangan pernah menyaksikan Leeteuk menggayakan sendiri Elsa di beberapa konsert Super Junior lebih empat tahun yang lalu.

Leeteuk menyertai konsert jelajah Super Junior, ‘Super Show 8’ di serata dunia sempena mempromosikan album kesembilan mereka, Time_Slip.

Sumber: heraldpop , Gambar dikreditkan kepada pemilik masing-masing

loading...