Park Ji Hoon mahu jadi anak kepada Jo Jin Woong jika diberi peluang berlakon bersama-sama

Park Ji Hoon meluahkan rasa teruja untuk digandingkan bersama pelakon yang dikaguminya selama ini iaitu Jo Jin Woong jika diberi peluang berlakon bersama-sama dengannya.

Dalam temubual bersama radio SBS Power FM, juruhebah radio, DJ Kim Tae Kyun dan Yoon Min Sang, menanya pendengar bersandarkan kepada soalan cepumas tentang siapakah yang sesuai dipadankan sebagai bapa kepada Park Ji Hoon sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menceburkan diri di dalam perfileman buat pertama kali.

Yoon Min Sang mencadangkan Jang Dong Gun kerana rupa paras mereka yang dikatakan mirip antara satu sama lain. “Saya pergi ke gim yang sama dengan Jang Dong Gun. Jumpa sekejap saja,” katanya cuba mengingatkan kembali pertemuan dengan Jang Dong Gun. “Adalah lebih baik jika Park Ji Hoon dan Jang Dong Gun muncul bersama-sama. Pasti keluarga tampak lebih segak belaka,” kata Yoon Min Sang meletakkan harapan semoga mereka digandingkan bersama.

Bagaimanapun, Park Ji Hoon mempunyai pilihannya tersendiri. Nama-nama seperti Choi Bul Am dan Shin Goo diajukan kepada Park Ji Hoon, tapi mereka bukan jawapan yang dimahukannya.   “Saya nak Jo Jin Woong jadi ayah saya,” kata Park Ji Hoon. Park Ji Hoon menegaskan bahawa Jo Jin Woong ialah pelakon senior kegemarannya kerana mempunyai berkarisma sebagai seorang ayah. Jo Jin Woong dikenali atas lakonan penuh syahdu di dalam drama tvN Signal, sehingga meraih Best Actor 5th CARI Kdrama Awards dan daesang di beberapa buah majlis anugerah terkemuka. Filem lakonan Jo Jin Woong baru-baru ini, ‘Black Money’ telah berjaya merekod tontonan wayang seramai 2 juta orang menyebabkan namanya mula mekar kembali.

Sumber: newsen

loading...