EXO berselisih pendapat tentang siapakah paling kacak di antara ahli-ahli mereka di dalam jtbc Knowing Bros

EXO berselisih pendapat tentang siapakah ahli kumpulan yang paling kacak di antara mereka setelah masing-masing dicabar untuk memberikan pendapat mereka tentangnya.

Chanyeol yang ke hadapan dulu menjelaskan dia patut berada di tempat pertama disebabkan ketinggian yang dimiliki olehnya. Chanyeol kemudiannya meletakkan Sehun di belakangnya dan Suho di tempat ke-3. Bagaimanapun, Suho mencelah dan mahu meletakkan dirinya di tempat pertama.

Rakan-rakan EXO dengan nada bergurau menanyanya samada dia selalu melihat mukanya di cermin sehingga begitu yakin dengan ketampanan sendiri.  “Bukan semua pun suka tengok cermin ke?,” jawab Suho lalu meletakkan Sehun juga sebagai pilihannya di tempat ke-2. Sambil memandang tepat wajah Sehun, Baekhyun kemudiannya berkata, “Cemburunya aku..” Suho kemudian menamakan Kai, Baekhyun, Chen dan Chanyeol masing-masing untuk tempat ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6. Chanyeol yang secara berseloroh tak bersetuju dengan pilihan Suho tersebut, akhirnya terpaksa akur dirinya di tempat ke-6.

Bercakap tentang siapakah ahli kumpulan EXO yang paling dikagumi oleh mereka, Chanyeol terus menamakan Do Kyung Soo (D.O.). “Seisi keluarga aku ini ialah peminat D.O. Mak aku siap datang tayangan perdana filem D.O dan bagi dia bunga.”

Episod penuh jtbc Knowing Bros yang akan menampilkan EXO ini bakal ditayangkan bermula jam 9.00 pm (10.00 waktu Malaysia).

Sumber: news1

loading...