Menjelang hari pelancaran ‘comeback’ terbaru Stray Kids, pembelian awal albumnya sudah mencecah 1.3 juta unit

Jualan album mini terbaru Stray Kids iaitu ‘ODDINARY’ kini telah mencecah jualan sebanyak 1.3 juta unit menurut data pembelian awal yang diperolehi JYP Ent. setakat 16 Mac 2022 lalu.

Pencapaian ini adalah yang terbaik buat Stray Kids mengenangkan kumpulan itu pernah melakukannya dengan album studio kedua, ‘NOEASY’ pada tahun lepas. Menurut JYP Ent. lagi, pembelian awal sebanyak 930,000 unit telah direkodkan untuk ‘ODDINARY’ dengan unjuran sebanyak 400,000 unit telah dicatatkan yakni dua hari sebelum pelancaran album pada 18 Mac 2022 nanti.

Selain itu, Bangchan, Changbin dan Han Ji Sung bertindak sebagai produser termasuklah di dalam penulisan lirik dan penggubahan lagu bagi menjadikan album ini lebih sempurna di mata peminat mereka.

‘ODDINARY’ ialah gabungan ‘Odd’ dengan ‘Ordinary’ yang membawa maksud orang yang normal kebanyakannya mempunyai sisi yang aneh. ‘ODDINARY’ akan memaparkan lagu ‘Maniac’ sebagai single utama.

Sumber: yna

loading...