[Terkini] Dikeluarkan daripada Momoland; Taeha terharu diberi peluang, Yeowoo mahu jadi pelakon & Daisy pula tergantung tak bertali

Pada 30 November 2019 semalam, agensi MLD Entertainment yang mewakili Momoland, telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status terkini keahlian Taeha, Yeonwoo dan Daisy.

MLD Entertainment mengumumkan Taeha dan Yeonwoo telah meninggalkan Momoland serta-merta manakala Daisy masih lagi berunding untuk memateraikan kontrak bersama MLD Entertainment.

Kata agensi itu seperti dipetik, “Taeha akan memulakan kerjaya baru di luar selepas kontraknya bersama kami selesai manakala Yeonwoo pula memilih untuk menumpukan sepenuhnya pada kerjaya sebagai pelakon. Daisy sedang berunding dengan kami sehingga persetujuan tersebut dapat dicapai.” Tegas agensi itu, Momoland akan bergerak aktif dengan enam orang sekaligus memberikan petanda bahawa Daisy juga mungkin akan meninggalkan kumpulan itu selepas persetujuan dapat dicapai antara mereka.

Sebaik saja Taeha dikeluarkan daripada Momoland, Taeha terus membuka laman instagram-nya dan membuat kenyataan bagi pihak dirinya.Taeha memanjat rasa terharunya setelah diberi peluang untuk menimba pengalaman bersama Momoland dan membolehkannya untuk bersinar sebagai artis.

“Saya takkan lupakan segala penghargaan yang diberikan , dan akan berusaha untuk memulakan kembali dengan langkah baru. Tunggu sekejap saja lagi dan sentiasa beri sokongan,” kata Taeha di dalam laman instagram-nya tadi.

Momoland merupakan sebuah kumpulan kpop yang ditubuhkan menerusi program realiti Finding Momoland dengan jumlah keahlian sebanyak 9 orang. Sejak ‘debut’ pada tahun 2016, Momoland telah menghasilkan lima buah album mini serta satu album penuh, ‘Chiri Chiri’ yang terbitkan pada 9 November 2019 lalu tanpa kelibat Taeha, Yeonwoo dan Daisy. Sebelum ini, Taeha dan Yeonwoo ‘direhatkan’ daripada segala aktiviti Momoland sejak Mac lalu atas masalah kesihatan dengan menyatakan bahawa Yeonwoo telah mengalami serangan panik yang tak dapat dielakkan manakala ibu Daisy pula pernah menyuarakan ketidakadilan berlaku pada anaknya tanpa sebarang aktiviti selama berbulan-bulan sebelum memadamkan kenyataan kontroversi berkenaan.

Sumber: wikitree, money todayinstagram Taeha

loading...