Netizen bimbang akan keadaan Xuanyi Cosmic Girl (WJSN) selepas kematian mengejut Godfrey Gao

Netizen berasa bimbang dengan keadaan terkini Wu Xuanyi Cosmic Girls (WJSN) setelah rakan pelakonnya, Godfrey Gao di dalam pembikinan rancangan tv yang sama meninggal dunia akibat serangan jantung.

Hal ini kerana sebaik saja Xuanyi dimaklumkan dengan berita kematian Godfrey Gao, beliau terus menghitamkan akaun Weibo-nya secara tiba-tiba tanpa makluman menyebabkan netizen berasa resah. Sumber daripada media China juga mendedahkan Xuanyi terus meninggalkan set penggambaran Ningbo pada hari kematian Godfrey Gao sambil diringi oleh staf-staf yang ditugaskan bagi memberi sokongan moral padanya. Godfrey Gao rebah di set pengambaran Chase Me dan terus digegaskan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum diumumkan meninggal dunia kemudiannya.

Akibatnya, pihak produksi ‘Chase Me’ menerima kritikan buruk kerana mengambil ringan tentang soal kebajikan dan keselamatan para pelakon dan krewnya. Video yang menunjukkan Xuanyi terjatuh ke dalam kolam air dengan kedalaman sekitar 1.9m tanpa diberikan bantuan dengan segera, telah tertular di laman sosial, menunjukkan pihak produksi seolah-olah culas dengan soal keselamatan krew dan pelakon mereka.

Sumber: weibo

loading...