Berita gembira untuk peminat ITZY. Kumpulan ini buat pertama kalinya akan muncul dalam rancangan realiti sendiri.
Pada 16 November, Mnet digital studio; M2 secara rasmi mengumumkan bahawa rancangan realiti ITZY yang pertama pertama, “100-Hour Romantic Vacation – Paris et ITZY” (tajuk literal), akan mula ditayangkan pada Januari tahun depan.
“Paris et ITZY,” yang bermaksud “Paris dan ITZY” dalam bahasa Perancis, di mana ia akan menyaksikan momen-momen perjalanan lima ahli ITZY ketika menjelakah Paris bersama selama 100 jam.
Teaser pertama M2 mengenai rancangan terbaru ini disiarkan pada akhir episode kedua “M2 Special – ITZY VLOG,” yang menyoroti perjalanan kumpulan gadis rookie tersebut ketika mereka ke Perancis untuk Minggu Fesyen Paris. Dalam detik-detik akhir vlog itu, Chaeryeong bertanya dengan sedih, “Mengapa hanya ada 24 jam dalam sehari?” Kapsyen video itu kemudiannya menyatakan, “Rancangan pengembaraan realiti pertama ITZY ‘100-Hour Romantic Vacation – Paris et ITZY’ akan bersiaran di Mnet pada Januari 2020.”
Pengarah Eksekutif Produser Nam Dong Yoon menyatakan, “Melalui rancangan realiti ini, ITZY bebas menikmati percutian mereka seperti pengembaraan bagi orang biasa yang sebaya mereka dan mereka akan turut berkongsi pengalaman istimewa yang mereka tidak akan dapat melupakan sepanjang hidup mereka. Saya harap berita ini seperti hadiah untuk peminat mereka di seluruh dunia yang menantikan rancangan realiti ITZY. Sila tunjukkan minat anda yang mendalam untuk ‘Paris et ITZY.’ “
Sumber : Newsen