Suzy & Nam Joo Hyuk dilaporkan akan bergandingan sama untuk drama terbaru tvN Sandbox

Suzy dan Nam Joo Hyuk dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran drama terbaru terbitan tvN, ‘Sandbox’ secara positif.

Dipetik daripada laporan IS Plus, tvN Sandbox berkisarkan tentang seorang wanita yang mengimpikan untuk menjadi Steve Jobs dan seorang lelaki yang menjadi tulang belakang kejayaannya, juga sebagai lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Suzy akan membawakan watak sebagai Bae Ji Jee, pelajar memasuki kolej tapi terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana alasan tertentu dan akhirnya keluar kolej tanpa sebarang ijazah atau diploma kerana mahu menghasilkan sesuatu projek yang bernilai 100 juta. Dengan berbekalkan ‘Sandbox’ ibarat Silicon Valley Korea (‘Silicon Valley’ adalah merujuk kepada kawasan pengindustrian berteknologi tinggi yang terkenal di Amerika Syarikat) di mana Google dan Amazon versi Korea mungkin bakal dicetuskan,  Bae Ji Jee seterusnya bersaing dalam rangkaian konglomerat generasi kedua di Korea dalam menggapai impiannya untuk menjadi seperti Steve Jobs.

Nam Joo Hyuk pula akan menjadi gek komputer yang mahir dalam ilmu ‘coding’, yakni penggerak utama syarikat yang diusahakannya sendiri, Samsan Tech. Semenjak kecil lagi, Nam Joo Hyuk yang merupakan anak kebanggaan keluarganya Nam, pernah memenangi hadiah utama pertandingan matematik sedunia, Math Olympiad. Namun, lima belas tahun kemudian, dia seakan-akan terkapai-kapai dan menyebabkan keluarganya berasa malu seketika. Dia akhirnya berjaya menubuhkan syarikat Samsan Tech tersendiri. Pertemuan antaranya dengan Suzy pasti akan membuatkan penonton tak sabar untuk menantikan gandingan mereka.

tvN Sandbox bakal mendapatkan sutradara Oh Chung Hwan (“SBS Doctors”,”SBS While You Are Sleeping”,”tvN Hotel del Luna”) dan penulis skrip Park Hye Ryun (“KBS Dream High”,”SBS While You Were Sleeping”,”SBS Pinocchio”,”SBS I Hear Your Voice”). Sekiranya Suzy bersetuju, ini merupakan projek ketiganya bersama penulis skrip Park Hye Run selepas KBS Dream High dan SBS While You Were Sleeping. tvN Sandbox dirancangkan tayangannya menjelang pertengahan tahun 2020 hadapan.

Sumber: IS Plus, ytn

loading...