KPOP[Update] CL SAH tinggalkan YG Entertainment runaway_dida5 years ago5 years ago03 mins TERKINI : CL sah meninggalkan agensi YG Entertainment. Pada 8 November, YG telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Antaranyanya seperti berikut: Hello, ini YG Entertainment. Kami telah mencapai persetujuan dengan CL untuk mengakhiri kontrak eksklusifnya, dan untuk menghormati hasrat kedua-dua pihak. Kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peminat, yang sentiasa menyokong karier CL ketika bersama kami. Selepas CL debut bersama kumpulan 2NE1 pada 2009, CL te sebagai anggota 2NE1 pada tahun 2009, CL telah bertindak sebagai ketua kumpulan dan juga rapper. CL juga seringkali menjadi trending dalam bidang muzik, fesyen dan sebagainya. Dia juga telah menjadi kebanggaan ramai apabila muncul sebagai artis wanita solo Korea pertama yang memasuki carta meninggalkan Billboard ‘Hot 100’ pada Oktober 2016. Kami mohon drorongan dan galakan dari anda agar terus menyokong karier baru CL di masa depan dan YG juga berjanji akan sentiasa memberikan semangat juga sokongan tanpa jemu terhadapnya. Terima kasih.” Sumber : edaily TERDAHULU: Berdasarkan laporan exclusive dari Sports Today, CL meninggalkan agensi YG Entertainment. Laporan tersebut mendakwa perbincangan mengenai pembaharuan kontrak antara kedua-dua pihak tidak berjalan lancar. CL mula debut bersama kumpulan 2NE1 yang bernaung di bawah YG Entertainment pada 2009. Apabila 2NE1 dibubarkan pada 2016, CL memperbaharui kontraknya bersama YG sebagai artis solo. CL juga telah menandatangani kontrak bersama label Amerika Syarikat, School Boy Records, anak syarikat Universal Music Group. Oleh sebab itu, CL telah mengeluarkan muzik dan mempromosikannya di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, CL tidak mengeluarkan sebarang muzik baru dalam tempoh dua tahun ini. Antara yang terbaru dari CL adalah lagu kumpulan 2NE1 “Goodbye” yang dilancarkan pada Januari 2017. CL pernah tampil dalam rancangan realiti JTBC “MIXNINE” dan rancangan variety tvN “Livin’ the Double Life.” Manakala sumber dari YG Entertainment memaklumkan, “Kami masih lagi berbincang tentang pembaharuan kontrak bersama CL.” Sumber : mstoo | herald.pop loading... Post navigation Previous: Park Hee Seok dakwa impiannya hancur berkecai sedari Produce 101 hanyalah dusta semata-mataNext: [Spoiler-Malam Ini] Rowoon cuba halang hubungan Lee Jae Wook dan Kim Hye Yoon menjadi lebih serius
G-Dragon kembali hangatkan industri K-Pop dengan single ‘POWER’ dan umum kerjasama baharu dengan label indie EMPIRE runaway_dida3 weeks ago3 weeks ago 0