Ahn Joon Young akhirnya mengaku bersalah manipulasi undian “Produce 48” dan “Produce X 101”

SBS melaporkan pengarah pengeluar (PD) Ahn Joon Young telah mengaku bersalah kerana memanipulasi undian dan kedudukan untuk rancangan “Produce X 101” dan “Produce 48.”

Pada 5 November, dua waran tangkap untuk kakitangan penerbitan  “Produce X 101” telah dikeluarkan, termasuk terhadap  PD Ahn Joon Young.

SBS juga turut melaporkan pada 6 November, daripada empat musim siri “Produce 101”, Ahn Joon Young telah mengaku akan perbuatan manipulasi undian dan kedudukan hanya dilakukan bagi dua musim yang terbaru, “Produce X 101” (2019) dan “Produce 48” (2018).

Ahn Joon Young telah ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan seperti penipuan dan pecah amanah dengan mengambil rasuah. Menurut SBS, polis mendapati bahawa sejak separuh kedua tahun lepas, Ahn Joon Young telah dilayan lebih 40 kali di sebuah pusat hiburan dewasa di Gangnam, di mana ianya telah dibayar oleh agensi. Jumlah yang dibelanjakan untuk aktiviti ini dikatakan lebih dari 100 juta won (kira-kira $ 86,355).

Menurut laporan SBS lagi, semasa sesi soal jawab bersama pihak polis, Ahn Joon Young mengakui telahmemanipulasi kedudukan serta undian “Produce X 101” dan “Produce 48.”  Bagaimanapun, dia menafikan perkara sama turut berlaku pada dua musim siri “Produce 101” sebelumnya.

Pada 5 November, polis menjalankan pencarian dan penyitaan mana-mana agensi yang mana kedudukan idol mereka (ketika dalam rancangan tersebut) diragui atas faktor telah dimanipulasi undiannya.

Pihak polis sedang meneruskan siasatan mereka terhadap mana-mana program ujibakat yang dijalankan oleh Mnet.

Sumber : news.sbs

loading...