Jang Hyuk dan Choi Soo Young dilaporkan telah bersetuju untuk membintangi drama terbaru OCN, Say What You Saw (secara literalnya) atau nama lainnya, Speak As You See.
Sedikit mirip dengan lakonan dibawanya di dalam OCN Voice sebelum ini, Jang Hyuk bakal memegang watak Oh Hyuk, seorang bekas detektif yang suka menyendiri sejak kehilangan tunangnya di dalam satu pembunuhan bersiri. Tapi menyedarinya makin berleluasa lagi-lagi dilakukan oleh orang yang sama, Oh Hyuk berazam menjadi ‘profiler’ semula dan mengendalikan sendiri siasatan bersama seorang detektif yang masih mentah, Cha Soo Young tetapi memiliki ingatan idetik yang mampu mengingati suatu kejadian dalam sekelip mata saja.
Jang Kyuk kini sedang membintangi drama jtbc My Country sebagai pelakon pembantu manakala Choi Soo Young telah lama meninggalkan kumpulan Girl Generation (SNSD) sejak menumpukan perhatian di dalam bidang lakonan sepenuhnya. Bercakap tentang karier lakonan mereka, masing-masing pernah menerima pencalonan Best Actor dan Best Actress CARI Kdrama Awards di dalam MBC Fated To Love You dan MBC The Spring Day of My Life.
OCN Say What You Saw ini bakal mendapat sentuhan produser Kim Hong Sun, yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards ke-7 menerusi OCN Guest. Ia akan diarahkan sepenuhnya oleh Lee Joon Hyung (OCN God’s Quiz) dan ditulis skripnya oleh Han Ki Hyun serta dirancangkan tayangannya menjelang awal tahun 2020.