V BTS dan Yoo Seung Hoo sah bergandingan jadi tetamu rancangan ‘Running Man’

V BTS dan pelakon Yoo Seung Ho akan muncul dalam rancangan hiburan popular “Running Man” bersama-sama!

Pada 20 November, News1 melaporkan bahawa V dan Yoo Seung Ho akan menjalani penggambaran episod  “Running Man” yang akan datang bersama-sama.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber daripada “Running Man” berkongsi, “V dan Yoo Seung Ho akan menjalani penggambaran hari ini. Siaran dengan kehadiran mereka itu dijadualkan untuk tayangan pada 3 Disember.”

Sebelum ini, V juga pernah muncul sebagai tetamu dalam “Running Man” pada 10 September, manakala Yoo Seung Ho menjadi tetamu pada siaran 8 Oktober. Ketika itu, HaHa mencadangkan agar V dan Yoo Seung Ho muncul dalam program itu bersama-sama untuk episod khas “Tazza”.

Macam mana, korang teruja tak nak tengok dua bintang ini bergabung bersama dengan ahli-ahli ‘Running Man’ yang lain? Mesti meriah.

Sumber : 1 | 2

loading...