Gadis ‘tomboy’, Jung Da Eun berkeras hati dakwa Wonho Monsta X telah berhutang dengannya sebanyak 30 juta won

Berikutan desas-desus yang mengatakan Wonho MONSTA X telah berhutang sebanyak 30 juta won dengan Jung Da Eun tanpa ada usaha untuk membayarnya balik, Starship Entertainment yang mewakili penyanyi terus membuat kenyataan penafian terhadapnya.

Pada 29 Oktober 2019, Jung Da Eun mendakwa telah meminjamkan sebanyak 30 juta won kepada Wonho tetapi masih belum menerima duitnya kembali. Katanya seperti yang dipetik, “Ho Seok, bila kau nak bayar balik duit aku?.” Pertanyaan Jung Da Eun itu kemudiannya disokong oleh rakan baiknya, Han Seo Hee, pelatih YG terpalit dalam berbagai-bagai kontroversi sebelum ini lalu berkata, “Bagi balik Da Eun 30 juta won.” Akibatnya, khabar angin tersebut bertebaran di dalam laman sosial dengan sebilangan netizen mendesak Wonho MONSTA X menjelaskan hutangnya kepada Jung Da Eun dengan kadar segera.

Sehubungan dengan itu,  Starship menafikan Wonho MONSTA X pernah berhutang dengan mereka. Jurucakap agensi itu berkata, “Khabar angin itu tak betul, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.”

Beberapa jam kemudian, Jung Da Eun segera membuat kenyataan balas dengan mempamerkan keratan mesej diantara dirinya dengan peguam Wonho. Dalam keratan mesej berkenaan, Jung Da Eun mendakwa peguam Wonho itu seakan-akan mengugutnya dan meminta menjelaskan berapa banyak kuantum perlu dibayarkan kepadanya. “Jika kau bagitahu kami berapa banyak ‘kerosakan’ telah kau alami, kami akan sampaikannya dengan betul dan kami takkan usik kau lagi.”

Jung Da Eun berkata, “Kau ingat kau hanya perlu bayar 2 juta won saja? Tak masuk akal langsung. Aku tinggal di Yeoksamdong, tapi aku kena bayar separuh daripada sewa rumah sampaikan aku terpaksa curi barang dan jualkannya kepada negera-negara miskin manakala dia itu pula (merujuk kepada Wonho) pinjam aku sekitar 300,000 hingga 500,000 won dan buat alasan syarikat itu belum lagi berkembang sehingga 2016. Aku cakap bayarlah kat aku, sehari 1 juta won pun dah cukup dan bayar 2 juta won pula hari seterusnya.”

Sumber: imbc, donga

loading...