Sekian lama menanti, drama lakonan Cheng Yi & Zhang Yu Xi “South Wind Knows” akhirnya menemui penonton

Cdrama terbaru “South Wind Knows” telahpun bersiaran mulai 12 September 2023 menerusi platform Youku. Untuk pengetahuan, drama dengan jumlah 39 episode ini telahpun menamatkan penggambarannya sejak 2022 dan sekaligus ianya sangat dinanti-nantikan oleh peminat untuk sekian lama.

“South Wind Knows” yang membawakan genre melodrama misteri ini diadaptasi daripada novel terkenal karya Qi Wi dengan tajuk yang sama. Ini merupakan gandingan kali ketiga antara Cheng Yi dan Zhang Yu Xi selepas drama “Love and Redemption” dan “Stand by Me”.  Dalam drama ini Cheng Yi melakonkan watak seorang ahli botani bernama Fu Yunshen, manakala Zhang Yuxi akan melakonkan watak Zhu Jiu yang merupakan seorang doktor. Keduanya bertemu secara tidak sengaja sehingga membibitkan cinta dan saling menjadi penyembuh antara satu sama lain.

Sinopsis “South Wind Knows”

“South Wind Knows” mengisahkan seorang ahli botani bernama Fu Yunshen yang bertemu dengan seorang doktor wanita cantik bernama Zhu Jiu. Mereka berdua berkenalan secara kebetulan ketika melakukan misi kemanusian di sebuah kampung terpencil. Tidak hanya itu, kedua mereka juga turut mencari beberapa tumbuhan herba yang berguna untuk menyelamatkan nyawa ramai orang.

Selepas menemui tumbuhan herba yang dicarinya, Fu Yunshen kembali ke China untuk mengembangkan tumbuhan tersebut menjadi ubat.  Namun, tidak lama kemudian dia mendapati bahawa abang tirinya, Fu Xi Zhou, cuba memaksimakan keuntungan dengan menggunakan tumbuhan herba ini untuk kegunaan peribadinya dengan menjadikan tumbuhan ubatan itu menjadi satu siri kosmetik herba Cina.

Suatu ketika, Fu Yun Shen mengalami kemalangan ngeri yang menyebabkan dia cedera parah dan menghentikan pembangunan tumbuhan herba. Bukan itu sahaja, hubungan Fu Yun Shen dan Zhu Jiu juga mengalami perselisihan faham sehingga menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang. Tambahan Zhu Jiu tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Masa berlalu, sehingga Fu Yun Shen dan Zhu Jiu akhirnya bersama semula setelah berjaya menghadapi kekecewaan. Sewaktu menghampiri majlis perkahwinan, Zhu Jiu secara tidak sengaja menemui petunjuk tentang kematian ibu bapanya.

Seolah-olah takdir mempermainkan mereka, rupa-rupanya generasi terdahulu telah menghancurkan hubungan yang telah dibina mereka dengan penuh jerit perih. Namun begitu, kali ini Fu Yunshen tidak akan berdiam diri dan dia akan cuba mengekalkan percintaannya dengan Zhu Jiu, walau apa pun yang berlaku pada masa hadapan.

Barisan Pelakon

Cheng Yi sebagai Fu Shen
Zhang Yu Xi sebagai Zhu Jiu
Fu Xin Bo sebagai Fu XI Zhou
Lin Xin Ze sebagai Chen Le
Yan Xiao sebagai Gu Ruan Ruan
Vicky Liang sebagai Zhou Zhi Zhi

Trailer

Jadi, apakah kisah seterusnya dalam “South Wind Knows”? Adakah Fu Yunshen berjaya mengekalkan hubungan percintaannya dengan Zhu Jiu? Mampukah cinta antara keduanya kembali terjalin? Buat penggemar Cdrama ataupun peminat Cheng Yi dan Zhang Yu Xi, jangan lupa untuk saksikan drama ini selanjutnya diplatform Youku.

 

loading...