Yoo Ji Tae bakal direbut-rebut hatinya oleh Lee Bo Young, Jeon So Nee & Park Si Yeon di dalam tvN “The Most Beautiful Moment in Life”?

Keempat-empat pelakon ini bersertakan pelakon baru, Byung Hun dikatakan sedang meniliti tawaran diberikan mereka untuk membintangi drama melodrama tvN terbaru, “The Most Beautiful Moment in Life” secara positif sekali.

Lee Bo Young akan melakonkan watak sebagai Yoo Ji Soo, seorang ibu tunggal yang bergelut dengan hidupnya sendiri selepas kehilangan keluarga akibat kemalangan yang berlaku pada masa lalu meskipun status beliau yang merupakan golongan elit daripada kalangan keluarga pendakwaraya. Yoo Ji Tae pula akan membawa watak sebagai Han Jae Hyun, usahawan yang pernah terbabit dalam demonstrasi awam dan aktivis tegar ketika muda, tetapi telah berubah seratus-peratus hidupnya sejak membiarkan dirinya dipengaruhi dengan kekayaan dan kemasyhuran.

Dari kiri: Lee Bo Young, Yoo Ji Tae, Byung Hun dan Park Si Yeon

Manakala, Jeon So Nee pula akan membawakan watak Yoon Ji Soo, seorang bekas graduan muzik dalam pengkhususan piano tetapi terpalit dengan cinta empat segi melibatkan dirinya, Yoo Ji Soo dan isteri kepada Han Jae Hyun sejak kagum menyaksikan Han Jae Hyun aktif sebagai aktivis tegar ketika usianya masih mentah lagi. Park Si Yeon pula akan menjadi Jang Seo Kyung, yakni isteri kepada Han Jae Hyun yang merupakan chaebol kepada syarikat terbesar JS Company. Jang Seo Kyung hanya mencintai Han Jae Hyun sepenuh hati dan berasa tidak keruan apabila menyedari suaminya telah mencintai seseorang secara diam-diam. Dan akhir sekali, Byung Hun pula melakonkan watak Young Woo, yakni junior kepada Yoo Ji Soo dan berkenan untuk menjadikannya sebagai suri hati setelah jatuh cinta pandang pertama terhadapnya.

Ini merupakan drama susulan Yoo Ji Tae sejak SBS Different Dream dan juga drama Lee Bo Young sejak tvN Mother pada tahun 2018. Pengarah yang selama ini bekerja di bawah cenel SBS, Son Jung-hyun (“SBS Shall We Kiss First?”,”SBS Protect The Boss”) akan memacu tugas sebagai sutradara drama ini sambil dibantu oleh penulis skrip ‘rookie’, Jeon Hee Young. tvN “The Most Beautiful Moment in Life” dirancangkan tayangannya menjelang Mei 2020.

Sumber: news1, donga, joynews

loading...